Politik

Saarani angkat sumpah MB Perak, esok

Sultan Perak telah memberi pekenan

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad akan menjadi Menteri Besar Perak ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Kolonel Datuk Abd Rahim Mohamad Nor memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dibaca Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini di perkarangan Istana Kinta.

Sultan Nazrin memberi perkenan kepada Datuk Saarani pic: MYKMU.NET

 

“Bagainda menetapkan 11 pagi esok untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.”

Datuk Saarani pernah berkhidmat bersama tiga Menteri Besar Perak terdahulu iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru pada 1982 dan selepas itu menjadi ketua UMNO Bahagian Lenggong dan menjadi wakil rakyat bagi Dun Kota Tampan sejak 2004.

Pic: Marcus Pheong-MalayMail

Pencalonan Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu mendapat persetujuan daripada Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Pas yang dicapai menerusi perbincangan antara pucuk pimpinan ketiga-tiga parti, hari ini.

Sepanjang perkhidmatan, Saarani disifatkan individu berpengalaman dan menyandang pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri.

Antaranya sebagai EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Sumber Manusia (Mei 2014 hingga Mei 2018).

Beliau juga menjadi EXCO Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Mei 2013 hingga Mei 2014), EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan (Februari 2009 hingga Mei 2013), EXCO Pembangunan Luar Bandar, Industri Perladangan dan Komoditi (September 2006 hingga Mac 2008) serta EXCO Pembangunan Luar Bandar (Mac 2004 hingga September 2006).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button