Semasa

Rumah bersiling langit

Sabak Bernam -16 Feb : Sebak apabila melangkah masuk ke rumah yang tdak berbumbung hingga ke dapur. Kita dapat merasa terik mentari yang tiada belas ihsan atas kepayahan keluarga ini.

Bayangkan dikala penghuni rumah ini sedang memasak di dapur dan hujan lebat tiba-tiba turun. Pastinya gulai  menjadi tawar diisi air hujan.

Atap zink yang tidak menutupi seluruh rumah

Rumah uzur ini didiami oleh Noordazila Binti Daud, 32 tahun bersama tiga orang anak lelaki yang berusia 10 tahun, 5 tahun dan 9 bulan. Beliau membesarkan anak-anak tanpa suami. Kedatangan penulis bersama Tuan Haji Faris Hussein, Pengarah Domestik Mapim Malaysia disambut penuh ceria walau keadaan rumah dalam penuh kedaifan.

 

Hanya mampu makan sekali sehari

Noordazila bekerja sebagai pembantu penjaja hasil tangkapan laut. Dalam kesibukan tugas harian mencari rezeki, beliau tidak lupa kepentingan pelajaran untuk masa depan anak-anak. Beliau disiplin dalam memastikan rutin kelas online dan kerja sekolah anak-anak berjalan lancar.

Harapan Noordazila, semoga beliau dimurahkan rezeki agar dapat menyara keluarga dan membina masa depan anak-anak yang lebih cerah.

Noordazila berulangkali berterima kasih atas kunjungan MAPIM Malaysia dan bersyukur atas sumbangan kotak makanan termasuk susu, tilam, bantal dan lampin bayi.

Terukir senyuman menerima pek bantuan

Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan kepayahan yang dihadapi dan memberikan senyuman buat anak-anak beliau.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button