Kemanusiaan

Rumah bagaikan tapak pelupusan sampah, mujur RORO MAPIM sampai

Mujur RORO MAPIM mari!

SEREMBAN : Itulah yang boleh digambarkan keadaan rumah mangsa banjir Kampung Rasah, Seremban.
Kata penduduk, banjir tiga hari lalu itu adalah yang yang terburuk sejak 30 tahun diduduki.
“Buntu, tunggu siapa nak tolong angkut barang rumah dah tak boleh pakai!
“Barang rumah dah habis semuanya tak boleh pakai, nak mengangkut punyalah susah,’’kata mereka.
Mujur Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia, MAPIM Malaysia – datang bawa dua buah lori RORO! (roll on roll off).
Walaupun misi luar negara sudah pun bermula, yang berada di dalam negara terus menjalankan khidmat membantu mana-mana insan yang memerlukan.
Menurut aktivis MAPIM, Kapten Shukri Othman, terpanggil dengan keluhan mangsa, yang tidak menerima sebarang bantuan sejak musibah, sepasukan aktivis bergerak ke Kampung Rasah.
Setelah dikenal pasti bantuan bersesuaian, MAPIM membawa dua buah lori RORO dan juga alat `water jet’.
Setibanya di kawasan bencana, memang sukar untuk digambarkan, sayu hati aktivis lagilah mangsa yang melaluinya.
Perabot dan barangan elektrik dikumpul ke lori pengangkut RORO untuk dilupuskan.
Kerja-kerja pembersihan pula dilakukan aktivis dengan alat penyembur air berkuasa tinggi kerana ruang rumah yang kini sudah dilitupi lumpur.
Antara pemilik terjejas Mohamad Faizal Raj Mohamad, seorang pengusaha bas persiaran berkata air naik terlalu cepat.
Pada mulanya dia mahu mengalihkan bas miliknya tetapi, pada masa yang sama anak dan isteri telah terperangkap, jadi Faizal menyelamatkan anaknya terlebih dahulu.
Selesai mengurus anak dan isteri, air telah pun naik satu pertiga tinggi bas.
Seolah sudah jatuh ditimpa tangga, perusahaan bas persiarannya terjejas kerana pelaksanaan PKPB dan kini dia diuji banjir.
Bukan sahaja bas, 40 ekor ayamnya juga hanyut dibawa arus.
Terduduk, katanya “bila bas rosak, kereta tenggelam, dan motosikal pun tak boleh guna’’.
Rumah Faizal adalah rumah terakhir yang belum menerima sebarang bantuan tenaga mengemas dan membersih pasca banjir.
Beliau bersyukur ada tenaga daripada MAPIM Malaysia membantu beliau.
Ketika sukarelawan MAPIM asyik bergotong-royong membersihkan kawasan banjir, susuk tubuh seorang warga emas khusyu’ membantu sama-sama membersihkan Kampung Rasah.

difahamkan beliau adalah adik kepada Allahyarham bekas Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Sheikh Hj. Murtadza bin Sheikh Hj. Ahmad.

Surau bersebelahan bekas rumah Almarhum Mufti, habis rosak.
Hanya mahu dikenali sebagai Pak Uda, Sheikh Badri dikagumi petugas MAPIM atas kesudiannya membantu walau rumahnya tidak sedikit pun terjejas.
*
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button