Covid19Sukan

Ronaldo dah bebas Covid-19!

Selepas 19 hari, ujian ke-3 negatif

ITALI : [VIDEO} Ronaldo disahkan negatif Covid-19 bagi ujian kali ke-3.

Susulan keputusan ujian Covid-19 Ronaldo kini tidak lagi perlu dikuarantin, dan berpeluang beraksi pada perlawanan Juventus berikutnya.

Dalam satu kenyataan Kelab Siri A, dengan keputusan negatif itu Ronaldo telah bebas dan sembuh selama 19 hari, dan tidak perlu melalui proses kuarantin.

Juventus bakal bertemu Spezia pada Ahad ini.

Ronaldo, 35 tahun terlepas empat perlawanan termasuk kekalahan dengan Barcelona pada Liga Juara-juara dan kemenangan ke atas Dynamo Kiev.

Sementara itu, ketika dalam proses kuarantin Ronaldo, mengejutkan peminatnya dengan imej terbaharu beliau.

Gambar gaya rambut terbaru itu dimuat naik buat pertama kaliny adi hantaran akaun Instagramnya pada Rabu (21/10)

Peminatnya melontarkan pelbagai reaksi terhadap penampilan terbaharunya.

Kebanyakan pengikut Ronaldo tidak percaya dengan perubahan gaya rambut yang dilakukan beliau.

Terkejut! Ia merupakan ayat untuk menggambarkan perasaan mereka setelah melihat rambut Ronaldo sudah tiada.

Sebelum ini Ronaldo disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali pada 13 Oktober,

Difahamkan penyerang Juventus ini tampil dengan imej baharu selepas membotakkan kepalanya ketika menjalani kuarantin.

– Terjemahan untuk UMMAHToday oleh Zul Fikre 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button