KemanusiaanSemasa

`Roll on roll off’ MAPIM legakan kedukaan mangsa bah!

SEREMBAN : Sejumlah 80 buah rumah dinaiki air apabila hujan lebat melanda Kampung Abok Rahang, Seremban, Negeri Sembilan Khamis lalu.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia terpanggil membantu mangsa yang rata-rata terkejut dengan kejadian yang berlaku terlalu cepat.
Gerak kerja MAPIM Malaysia diketuai oleh Setiausaha Agung, Mejar Zul Hanis Zainol menyantuni mangsa banjir kilat di kampung itu dengan membawa bersama mesin peralatan pemunggahan, `roll on roll off’.
Turut serta dalam misi membantu mangsa banjir kilat ini ialah aktivis MAPIM Malaysia, Heliza dan Hazwani Helmi serta petugas misi kemanusiaan MAPIM.
Mereka turut menyantuni mangsa banjir yang rata-ratanya adalah warga emas yang sedang dalam kesedihan akibat dilanda bencana.
Menurut mangsa, air naik terlalu cepat pada jam 2:00 pagi Khamis lalu, dan surut pada jam 8:00 pagi hari kemudiannya.
Sejumlah 80 pek makanan dan 300 bungkusan makanan siap dimasak tajaan Al-Araby Group of Companies diserahkan kepada Ketua Kampung Abok, Atan Husin oleh Mejar Zul Hanis.
Menurut penduduk, air naik sehingga ke paras pinggang dan arusnya terlalu deras menyebabkan ada penduduk yang tidak sempat untuk mengambil barangan penting.
Kerja membersihkan halaman rumah mangsa dijalankan bersama-sama petugas MAPIM.
Barangan seperti perabot dan barang elektrik yang tidak boleh dipakai lagi kerana dimasuki air diletakkan di luar rumah untuk diserahkan kepada Majlis Bandaran bagi tujuan pelupusan.

  

Sementara itu, ketika petugas MAPIM sedang bergotong-royong membantu penduduk terjejas, pasukan aktivis mereka didatangi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Rahang, Mary Josephine.
ADUN Mary turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kesudian MAPIM Malaysia membantu mangsa banjir kilat ini.
Selain rumah yang musnah, surau Kampung Abok juga ditenggelami air.
Ahli jawatankuasa surau, berkata naskah itu akan dilupuskan mengikut panduan ditetapkan.
Dalam perkembangan sama seorang penduduk menceritakan bagaimana beliau membantu lima sekeluarga yang terkandas ketika air naik sehingga ke bumbung rumah.
Mohd Fitri Hakim Aziz, membantu mereka menggunakan papan sekeping yang diikat dan membantu mangsa keluar daripada kawasan yang ditenggelami air.
Beliau yang digelar hero ketika kejadian, dikatakan menyelamat menggunakan papan ala filem `Titanic’ demi menyelamatkan mangsa.
Rata-rata penduduk yang ditemui bersyukur, masih ada pihak seperti MAPIM Malaysia sudi membantu mereka dalam keadaan bencana.
MAPIM Malaysia juga merangka bantuan jangka panjang antaranya pembinaan semula rumah bagi mangsa yang kehilangan kediaman.
*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button