Covid19

Rentas Negeri Bermula Hari Ini Hingga Ahad

Orang ramai yang terlibat perjalanan jauh merentasi negeri dibenarkan tinggal sehari dua di kampung mengikut jadual perjalanan disediakan pihak polis, jika tidak sempat untuk pulang ke lokasi asal mereka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media semalam.

Menurut beliau, kelonggaran itu diberi kepada individu yang pulang ke kampung untuk mengambil ahli keluarga di kampung yang jauh.

“Mungkin mereka ingin tinggal satu dua hari di kampung, mereka boleh balik berdasarkan jadual dikeluarkan pihak polis.

“Contohnya mereka ambil anak mereka di Pahang. Pahang telahpun ditetapkan tarikh untuk pergerakan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

“Jika mereka balik esok, mereka boleh stay satu atau dua hari dan bawa balik anak mereka di Kuala Lumpur berdasarkan tarikh disediakan,” katanya.

“Tetapi kami mengalakkan supaya mereka balik (ke kampung), dan terus balik ke Kuala Lumpur,” tambahnya.

Kebenaran itu diutamakan kepada mereka yang jauh dari kampung dan mestilah memaklumkan melalui Gerak Malaysia tentang tarikh mereka pulang ke Kuala Lumpur.

Selain itu, gerai makanan dan surau disetiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) akan ditutup, hanya tandas buka, stesen minyak akan beroperasi daripada jam 6 pagi hingga 12 malam.

Sementara itu pihak berkuasa pula akan ada di setiap hentian R&R untuk membuat pemantauan supaya pengguna tidak melanggar peraturan.

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button