Covid19Semasa

Reman suspek melalui sidang video sahaja!

SOP baharu, elak mohon di mahkamah

KUALA LUMPUR : Permohonan reman dan pelanjutan tempoh reman banduan di mahkamah kini boleh dilakukan hanya melalui sidang video.

Langkah itu adalah prosedur operasi standard (SOP) yang baharu diperkenalkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dibuat tanpa memerlukan banduan hadir ke mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman mereka.

Langkah itu juga sebagai satu usaha mengelak kebarangkalian penularan pandemik itu di institusi mahkamah.

“Selain itu, pihak penjara pada masa sama kini mempunyai SOP ketat dengan membuat ketetapan bahawa kesemua banduan baharu sebelum dimasukkan ke penjara tertentu perlu ditempatkan di pusat transit dan menjalani ujian swab,”
Beliau mengumumkan SOP baharu bagi banduan reman pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB dari Wisma Pertahanan, pada 19 Okt.

Tambahnya banduan terbabit kemudian akan dikuarantin selama 14 hari dan perlu disahkan negatif sebelum ditempatkan di penjara seluruh negara.

“Difahamkan banduan ini juga akan diletak di satu tempat khas selama lima hari dalam penjara terbabit. Bila betul-betul negatif, barulah mereka ditempatkan bersama banduan lain seperti biasa.”

“Bagi banduan yang memang sudah berada dalam penjara sedia ada, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuat saringan bagi memastikan tiada seorang pun daripada mereka positif namun jika ada didapati positif, mereka akan terus dihantar ke hospital,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button