DuniaSemasa

Ramai terperangkap di bawah runtuhan di Majene

47 gempa sejak semalam dan pagi tadi yang terburuk

SULAWESI BARAT : Puluhan mangsa dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan hospital selepas gempa bumi kuat berkekuatan 6.2 skala Richter menggegar daerah Majene, Sulawesi Barat, Indonesia awal pagi tadi.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa dilaporkan berlaku jam 2.18 pagi waktu tempatan.

Setakat ini BASARNAS mengesahkan empat nyawa terkorban manakala 24 lagi cedera.

  “ Gempa bumi kuat 6.2 Skala Richter di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan ramai mangsa berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan” – Badan Pengurusan Bencana Daerah (BNPD) Kabupaten Majene dan Polewali Manda

Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 orang penduduk.

Memetik AFP, gempa bumi itu turut menyebabkan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh.

Sementara itu, menurut republika.co.id, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) di ilayah Makassar berkata sejak Khamis sehingga hari ini telah terjadi 47 gempa bumi di Sulawesi Barat.

Namun gempa pagi ini adalah yang terburuk sehingga meranapkan bangunan di kota Majene.

Staf Pusat gempa berkenaan , Syarifuddin berkata gempa gempa lemah berlaku 28 kali sebelum gempa kuat terjadi iaitu yang membabitkan lebih 6 pada skala Richter.

Presiden Jokowi, mengarahkan Tentera Indonesia dan Ketua Bencana, Doni Monardo bergegas ke Mamuju Sulawesi Barat.

Dalam perkembangan sama, BMKG, menasihatkan penduduk tidak mempercayai mengenai kejadian tsunami yang heboh ditularkan di media republik itu.

Sebaliknya BMKG menegaskan gempa awal pagi tadi tidak mencetuskan tsunami.

Bagaimanapun BMKG tidak menolak ada gegaran tsunami akan berlaku.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button