Semasa

Ramadan dan adab-adabnya

Mendisiplinkan diri pada bulan suci

BANGI  :  Ramadan adalah bulan mulia, bulan ke sembilan mengikut kalendar Islam. Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan pahala seperti puasa, solat dan mendisiplinkan diri pada bulan suci itu dan sangat istimewa seperti termaktub dalam firman Allah SWT:

“Bulan Ramadan yang kami turunkan dalamnya Al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” – Surah Al-Baqarah, 185

Apabila tiba Ramadan apa yang perlu didulukan. Raya atau puasa? Kedua-duanya sangat berbeza dan orang ramai disaran menghormati Ramadan atau kata lain adab-adab di bulan Ramadan.

Menurut Pensyarah Jabatan al Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Abdul Azib Hussain, jikalau seseorang itu terlampau teruja untuk beraya, mereka perlu mengingati kembali doa yang dilafaz ketika sebelum tiba Ramadan.

– Yang pertama, tumpuan ibadah perlulah kepada berpuasa, sesudah selesai berpuasa barulah hari raya difikirkan. Ini penting untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah melakukan amalan sebaik mungkin.

-Yang kedua, adab dan amalan bulan Ramadan yang boleh diamalkan iaitu waktu di antara berbuka dan bersahur. Adab bersahur seeloknya makan selewat-lewatnya waktu tapi mestilah berhenti apabila azan subuh dilaungkan. Kalau berbuka patut disegerakan apabila azan Maghrib dilaungkan.

-Yang ketiga, meninggalkan perbuatan atau kata-kata keji di bulan Ramadan. Bermaksud kita tidak boleh membuat perkara-perkara yang telarang apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan berkata kesat.

Seterusnya, adab menjamu kepada orang berpuasa kerana kita dapat mengeratkan silaturahim walaupun kita tidak mengenali siapakah orang itu.

Yang kelima, berdoa ketika berbuka. Masa ini adalah masa di mana doa sangat mustajab. Jadi, bila kita nak berbuka pastikan kedua-dua tangan berada di dada dan seeloknya lepas makan percepatkanlah untuk menunaikan solat Maghrib.

Selain itu, meninggalkan perbuatan atau kata-kata yang menyakitkan hati orang lain yang dapat mengurangkan pahala.Jikalau amalan ini diteruskan kita akan rasa bersyukur pada hari raya Aidilfitri dan tidaklah rumit malahan sangat mudah untuk dilaksanakan.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button