Covid19Kemanusiaan

Rahmat dalam ujian…penarik beca kini nelayan

MAPIM turun padang dengari rintihan

BANDA HILIR :  “Baru kami nak bernyawa, dan pendapatan tersekat balik!”

Keluhan itu disuarakan sekumpulan penarik beca, apabila mereka sekali lagi dihimpit kesukaran apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB, diadakan di Lembah Kelang.

Pelaksanaan PKPB itu memaksa pelancong khususnya dari Lembah Kelang tidak dapat keluar melancong, ke Melaka.

Kemerosotan pendapatan hampir 90 peratus itu amat dirasakan golongan penarik beca di Melaka selepas baru bangkit daripada hilang mata pencarian pada Mac lalu.

Pengarah Domestik MAPIM Malaysia,  Tuan Haji Faris  Hussain berkata di atas rintihan yang didengari daripada golongan penarik beca itu, MAPIM turun ke Tengkera membantu golongan itu yang tersepit dek tekanan ekonomi pasca Covid-19.

   “Kita sedia maklum, bahawa pandemik Covid-19, telah menjejaskan terutama sektor pelancongan dan pemain industri seperti syarikat pengangkutan, bas ekspress, teksi, persatuan pemandu pelancongan serta penarik beca amnya” – Pengarah Domestik MAPIM Malaysia, Hj. Faris Hussain

Sejumlah 100 pek makanan dan makanan siap dimasak tajaan Al Araby Group of Companies disampaikan kepada golongan ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Beca Warisan Melaka, Ramli Ibrahim dan 40 orang penarik beca daripada persatuan ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan itu, Muhammad Sobri bin Md Yaakub, 30, ramai di antara penarik beca di Melaka terpaksa menukar kerjaya, ada yang menjadi nelayan dan ada juga menjadi penghantar makanan seperti dirinya sendiri.

Jika sebelum PKP pada Mac lalu, mereka berupaya mendapat upah kayuhan di sekitar kawasan tumpuan pelancongan di Melaka sebanyak RM1,000 sebulan, namun kini  amat sukar kerana kekurangan pelancong baik tempatan dan antarabangsa.

Malah untuk membayar sewa beca iaitu RM100 sebulan dan sewa stor beca sebanyak RM50 pun mereka tidak berkemampuan.

“Ketika lepas PKP memang terasa sukar, dan ketika tamat PKP, ada yang cuba untuk bangkit kembali namun apabila PKPB dikenakan ke negeri-negeri lain maka, ramai yang menghentikan kayuhan beca untuk meneruskan hidup” – Timb. Presiden Per. Beca Warisan

Bagi yang muda dan masih bertenaga, mereka berikhtiar hidup mencari pekerjaan lain, namun bagi yang sudah lanjut usia, merasa terpaksa pasrah hidup dengan ihsan bantuan orang ramai dan pihak yang berkaitan.

Penarik beca yang  yang tidak lagi boleh menukar pekerjaan lain inilah menjadi penyebab kepada MAPIM Malaysia untuk menyantuni golongan ini.

Tambah beliau, ketika MAPIM meneruskan misi di luar negara, pada masa yang sama, mereka yang terjejas pendapatan atau yang memerlukan pertolongan turut disantuni di dalam negara.

“Secara peribadi  saya berasa kagum dengan usaha mereka, apabila pandemik Covid-19 mereka menukar kerjaya ada yang menjadi nelayan, menjadi Food Panda dan juga pelbagai kerja lain, cuma kami tersentuh dengan mereka yang keuzuran, terutama yang berusia lebih 60 tahun”. – Pengarah Domestik MAPIM Malaysia / Hj Faris Hussain

Bagi Abdul Mutalib Yussof, mengayuh beca sudah sebati dengan hidup beliau, kerana telah menjadi penarik beca sejak berusia 14 tahun.

Namun kerjaya selama 15 tahun itu kini akan terpaksa dilupakan seketika ekoran terjunamnya pendapatan dari sektor pelancongan.

Ini kerana dirinya ada tanggungan yang perlu dilunaskan terutama persekolahan anak-anak, bil bulanan api, air dan sebagainya.

Demi keluarga beliau beliau kini menjadi seorang nelayan.

Dengan RM800 sebulan itulah beliau menanggung keluarga lima beranak.

“Terima kasih atas pek makanan ini, dapatlah ringankan belanja dapur,” katanya.

Selepas penarik beca di Tengkera disantuni, MAPIM Malaysia kemudian membuat pengagihan kepada sekumpulan lagi penarik beca di Banda Hilir.

Terdapat sejumlah lebih 300 penarik beca di negeri Melaka.

Pada April lalu golongan ini mendapat bantuan peruntukan daripada kerajaan Pusat sejumlah RM600 secara `one-off’ melalui bantuan Rangsangan Rancangan Ekonomi 2020.

Ia disampaikan oleh Kerajaan Melaka menerusi Tabung Amanah Pelancongan Negeri.

Ogos lalu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri berkata dalam jawapan bertulis di parlimen, hanya 10 peratus daripada 400 penarik beca, kembali kepada kerjaya ini, ekoran penyusutan pendapatan sektor pelancongan selepas dibadai Covid-19.

*Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button