Kemanusiaan

Qyyum Foundation prihatin demi Ummah

Hulur sumbangan untuk dalam dan luar negara

BANGI : Selepas menyumbang ribuan pelindung muka ketika wabak Covid-19 melanda dan menginfaq jumlah besar mencecah RM300,000 demi kelangsungan kehidupan saudara seagama, Qyyum Foundation kini terus mendepani bantuan untuk ummah.

Keprihatinan Qyyum Foundation wajar menjadi contoh kepada ramai, di atas usaha dan sumbangan membantu mereka yang memerlukan baik di dalam dan luar negara.

Menjadi antara penyumbang terbesar dana bantuan Misi Syria Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 2020, kini Qyyum Foundation turut menyumbang barangan keperluan persekolahan bagi kanak-kanak sekitar Selangor dalam program Back To School 3.0 yang diadakan di Uniform Galeri Bangi pada Sabtu (9 Jan).

Seramai 150 penerima hadir bagi menerima set persekolahan setiap seorang, untuk pelajar rendah dan menengah.

Tidak cukup itu, Qyyum Foundation juga prihatin tentang isu Covid19 yang sedang melanda ini turut menyumbang kira-kira 300 pelindung muka, kepada MAPIM semasa menjalankan program bersama masyarakat.

Qyyum Foundation juga banyak menjalankan aktiviti bersama masyarakat seperti misi bantuan banjir, sumbangan kepada barisan hadapan dan lain-lain.

Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan wajar dicontohi oleh segenap masyarakat.

Semoga hidup kita menjadi landasan terbaik membuat amal kebaikan yang diredhai Allah.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW ditanya, ‘Siapakah orang terbaik?’

Baginda menjawab, ‘Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia’.”

– Muhammad Haiqal  Nor Wahid

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button