PalestinSemasa

Bekas Mufti Masjid Al-Aqsa ditahan rejim Zionis

BAITULMUQADDIS : Pendakwah terkemuka Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri ditahan bagi tujuan soal siasat oleh pihak polis Israel, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut seorang saksi, Sheikh Sabri ditahan di kediamannya seawal jam 5 pagi dan beliau digesa untuk hadir memberi keterangan di Kompleks Rusia yang terletak di bandar itu.

Terdahulu, pada tahun 2018, rejim Zionis bertindak kejam apabila menahan Sheikh Sabri beberapa kali tanpa sebarang alasan, serta melarang beliau menjejakkan kaki ke perkarangan masjid itu.

Beliau yang juga bekas Mufti Jerusalem (1994-2006) cukup terkenal dengan kelantangan pendiriannya menentang penindasan Zionis terhadap masyarakat Palestin.

Pada tahun 2017, temu bual bersama Arab News, Sheikh Sabri dengan tegas memberi amaran  kepada Israel dengan mengatakan :

“Jauhi Al-Aqsa!  jika mahu kedamaian. Ini adalah ketetapan Tuhan. Haram al-Sharif adalah milik orang Islam. Tetapi kita harus tahu orang Yahudi itu merancang untuk menghancurkan Masjidil Haram,” ujarnya dengan lantang.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Kita mengutuk keras penahanan Sheikh Ekrima. Beliau adalah tokoh yang sentiasa memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin, dan menjadi ikon kedamaian. Tindakan penahanan ini jelas bertujuan provokasi kepada penduduk Palestin. Kerajaan Israel hanya mampu hidup dengan provokasi dan keganasan.”

Pada tahun 2014, berdasarkan kenyataan Middle East Monitor, Israel turut menghalang Mufti Jerusalem,  Mohamed Ahmad Hussein , tokoh agama dan tokoh Palestin lain dari memasuki  kiblat  pertama umat Islam itu.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button