Semasa

Produk makanan dari Korea berasaskan babi dirampas

Tidak mempunyai permit import yang sah

PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor merampas sejumlah 354.96 kilogram produk makanan sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea, Ahad lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, produk tanpa permit import MAQIS yang sah itu ditahan dan dirampas di Pelabuhan Klang Utara, di sini, kira-kira jam 10 pagi.

 

Produk sedia dimakan yang berasaskan babi yang dirampas   Pic: IHSAN MAQIS

“Semua barang dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan,” – Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin

Katanya, semua produk dianggarkan bernilai RM9,403 itu ditemukan dalam kotak yang disusun dalam kontena.

Dr. Tarmisal berkata, perbuatan mengimport apa juga jeis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button