Covid19Semasa

PM ulang komitmen nasihati Agong bubarkan Parlimen selepas Covid-19 reda

Mahu pemimpin kerajaan, pembangkang ganding bahu perangi wabak

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengulangi komitmen bahawa beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas penularan wabak COVID-19 reda, sekali gus memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dengan selamat.

Sehubungan itu Perdana Menteri meminta pemimpin kerajaan mahupun pembangkang untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Kerajaan mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari 2021. Dalam tempoh dua minggu ini, kerajaan akan memantau perkembangan kes-kes harian COVID-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan.”

“Apapun tindakan atau langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan pastinya berasaskan kepada matlamat untuk mengimbangi keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat dan melindungi nyawa anda semua,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri petang tadi ( 4 Feb)

Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga matlamat untuk menang dalam perang melawan COVID-19 akan dimakbulkan dan semua rakyat sentiasa berada dalam limpahan rahmat kasih sayang dan perlindungan.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button