Covid19Semasa

PKP 3.0 sambung? Kes lepasi 5,000 angka tiga hari berturut-turut

Tiga indikator penentu, rakyat berdebar tunggu

KUALA LUMPUR :  Kes jangkitan baru COVID-19 negara buat hari ketiga berturut-turut melepasi angka 5,000. Rakyat pastinya ternanti-nanti apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, akan disambung atau sebaliknya.

Daripada data Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM,  kes pada 23 Jun ialah 5,244 , semalam dicatat sebanyak 5,841 dan hari ini (25 Jun) sejumlah5,812 kes baru dicatatkan. Apakah dengan data kes terbaru ini diambil kira sebagai salah satu unjuran kepada perubahan atau ketetapan PKP3.0.

Pakar Pakar Epidemiologi dan Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan, tiga indikator ambang utama Pelan Pemulihan Negara penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyeluruh yang berakhir 28 Jun ini, disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Kataya, setiap fasa pelan pemulihan berdasarkan data daripada tiga indikator itu. Beliau merujuk kepada bilangan kes harian Covid-19, kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan menerima dua dos suntikan vaksin.


Dr Mohd Rohaizat berkata, keputusan menyambung PKP 3.0 adalah berdasarkan pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mengikut jangkaan peralihan fasa seterusnya akan berlaku pada Julai ini. Jadual peralihan itu adalah sebagai rujukan dan panduan kasar kerajaan untuk mencapai sasaran ditetapkan.”

Katanya, mengikut data kes jangkitan harian mula menunjukkan tren penurunan dan ada kalanya kes jangkitan covid 19 menunjukkan kes menaik dengan 5.000 kes sehari serta  pemberian vaksin juga amat memberangsangkan iaitu melebihi 200,000 dos sehari.

Sebelum ini, dikhabarkan kerajaan akan menilai semula pelaksanaan PKP 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 capai angka bawah 4,000 kes. Tetapi itu tidak bermaksud kerajaan akan menamatkan terus PKP 3.0.

Apa pun perkiraannya, kerajaan akan memperhalusi setiap data yang diperoleh KKM sebelum membuat keputusan. Sudah tentu kerajaan tidak mahu ‘silap langkah’ dalam menyusun strategi bagi menangani badai Covid-19.

Dari satu sudut, kerajaan digasak bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dibuka. Dari satu sudut lagi, kerajaan diminta mengetatkan SOP dan bukannya PKP ‘separuh masak’.

Justeru, beliau yakin sasaran pelan pemulihan itu mampu dicapai dengan adanya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan swasta yang membantu usaha mempercepatkan program vaksinasi.

Memetik harian metro sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan sama ada PKP 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum 28 Jun ini. Beliau berkata, pengumuman tidak akan dibuat dalam masa terdekat berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa KKM .

Bagaimanapun data KKM hari ini mencatat kes sembuh mengatasi kes jangkita harian iaitu sejumlah 6,775 kes. Jumlah positi keseluruhan ialah 722,659 manakala kes kematian ialah 82.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM

Related Articles

Back to top button