DuniaSemasa

Banjir kilat di Korea Selatan, Jumlah korban terus meningkat

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

SEOUL: Korea Selatan mengalami hujan lebat luar biasa sehingga mengakibatkan banjir kilat di ibu kota Korea Selatan, Seoul pada minggu ini.

Hujan lebat selama dua hari telah menenggelamkan jalan raya dan stesen kereta api bawah tanah di Seoul.

Menurut Presiden Yoon Suk-yeol, hujan pada minggu ini merupakan rekod paling lebat sejak cuaca Seoul bermula 115 tahun lalu.

Gambar yang dikongsikan di media sosial awal minggu ini menunjukkan orang ramai mengharungi air banjir pada kedalaman paras pinggang dan membuatkan stesen-stesen metro tengelam dengan daerah mewah, Gangnam paling teruk terjejas.

Jumlah mangsa korban meningkat kepada 11 orang. Dimana enam daripada jumlah tersebut terkorban di Seoul, 3 di wilayah Gyeonggi dan dua di Gangwon. Tiga daripada 8 mangsa hilang di Seoul.

Laporan tempatan mendedahkan bahawa tiga meninggal dunia semasa terperangkap di tingkat bawah tanah separa bangunan apartmen yang dikenali sebagai banjiha. Jelasnya lagi, mangsa terdiri daripada seorang remaja, ibu remaja berkenaan dan ibu saudaranya.

Kementerian Dalam Negeri Korea mengatakan lebih 5300 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Related Articles

Back to top button