Dunia

Perdana Menteri Bahrain, meninggal dunia

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di dunia

AL-FATIHAH
MANAMA : 11 Nov – Perdana Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa, meninggal dunia.
Kemangkatannya diumumkan oleh satu perutusan istana diraja.
Berita duka itu turut dikeluarkan menerusi twitter rasmi kerajaan di Manama.
Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa, adalah di antara Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di dunia dan menghembus nafas terakhir pada usia 84 tahun.
Menurut dawn.com Almarhum telah menerima rawatan di Klinik Mayo di sebuah hospital di Amerika Syarikat.
Laporan Agensi Berita Bahrain (BNA) itu bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai jenis rawatan yang diterima oleh Sheikh Khalifa.
Majlis pengebumian akan berlangsung di Bahrain sebaik sahaja jenazah tiba di negara itu.
Namun ia akan dihadkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja untuk mengekang penularan wabak koronavirus.
Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa bertitah tempoh berkabung selama seminggu dan semua aktiviti pentadbiran ditunda selama tiga hari bermula Khamis ini.
Almarhum Sheikh Khalifa, berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak setahun sebelum Bahrain mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1971.  – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button