KemanusiaanSukan

Penyerang MU pastikan kanak-kanak miskin tidak berlapar

Keprihatinannya dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Britain, MBE

UNITED KINGDOM : Beraksi garang di padang, Marcus Rashford, penyerang Manchester United sebenarnya mempunyai titik lembut di hatinya terutama ketika melihat kanak-kanak miskin tidak mendapat makanan.

Rashford sentiasa berada di barisan hadapan dalam kempen untuk mengakhiri kemiskinan makanan kanak-kanak.

Atas keprihatinannya itu beliau dianugerahkan Member of the Order of the British Empire (MBE), satu anugerah tertinggi daripada kerajaan Britain.

Rashford menerima anugerah itu daripada Ratu Elizabeth II sebagai tanda penghargaan terhadap kempennya yang memberi bantuan makanan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dia menerima penghargaan itu bersama ratusan pekerja yang membantu memerangi pandemik COVID-19.

Penyerang antarabangsa England itu antara salah seorang individu berprofil tinggi yang disenaraikan bagi menerima anugerah berkenaan sempena ulang tahun Ratu Elizabeth yang ditunda pada Jun lalu untuk membolehkan pekerja barisan hadapan kesihatan turut dimasukkan dalam senarai bagi menghargai usaha mereka memerangi pandemik COVID-19.

Pemain berusia 22 tahun itu berjaya  memaksa kerajaan membuat pusingan U berhubung polisi makanan percuma di sekolah dengan memastikan kanak-kanak yang memerlukan menerima baucar makanan

“Mari kita bersama dengan mengatakan tiada kanak-kanak di United Kingdom yang akan tidur dalam kelaparan.  Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak kira apa perasaan dan pandangan anda, tidak mempunyai akses kepada makanan bukan salah kanak-kanak,” – Marcus Rashford

Selain anugerah MBE, beliau juga menerima  doktor kehormat dari University of Manchester.

“Kadang-kadang itu sangat susah,  saya lebih suka memberikan makanan itu kepada anak-anak daripada memberikannya kepada diri sendiri, kadang-kadang saya tidak mendapat apa-apa untuk dimakan.”

Ibunya, Melanie Maynard berkata motivasi penyerang The Red Devils itu diperolehi daripada pengalamannya sendiri ketika dia masih kecil.

Rashford mengatakan, perjuangan keluarganya untuk kelangsungan hidup ketika dia masih kecil memberi ilham kepadanya dan bertekad untuk membantu orang lain.

“Semua perjuangan kecil dan pengorbanan yang anda buat, ia membantu anda menghargai segalanya 10 kali lebih banyak, jadi saya tidak melihatnya sebagai satu  kelemahan,” kata Rashford.

“Apabila anda datang dari tempat perjuangan dan kesakitan, banyak masa ia berubah dan ia menjadi dorongan dan motivasi anda.” – AFP

  • Zulkifle Ali  ( Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button