Dunia

Penyerang masjid tidak akan buka mulut! Lantik peguam

3 hari, perbicaraan tembakan rambang masjid penuh emosi

Telah tiga hari perbicaran mendengar kenyataan saksi dan keluarga mangsa dalam kejadian tembakan rambang di masjid Al Noor di Christchurch,  New Zealand berlangsung.

91 orang mangsa telah pun memberikan keterangan masing-masing di hadapan Hakim Cameron Mander.

Saksi trauma mengenang peristiwa berdarah itu, tidak kurang yang memberi keterangan menjadikan suasana dalam mahkamah menjadi hiba apabila satu demi satu kenangan pahit itu dirungkai kembali.

Namun, emosi saksi yang terganggu itu seolah tidak memberi apa-apa makna langsung kepada penyerang dua masjid, Brenton Tarrant, 29.

Dia hari ini menyatakan pada hakim tidak akan membuat pembelaan dari mulutnya sendiri, sebaliknya ada peguam bela yang bakal mewakili Tarrant.

Tarrant pada Mac lalu, mengaku bersalah dalam pertuduhan membunuh 40 orang serta tuduhan keganasan terhadapnya.

Dia menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah pada pertuduhan yang dibacakan pada 15 Mac tahun lalu.

Esok Hakim Mander bakal mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaraya dan juga pihak dituduh.

Namun selepas penghakiman petang tadi, Tarrant mengesahkan dia tidak akan bercakap di depan hakim.

Julai lalu Tarrant memberhentikan khidmat peguambelanya dan tidak diketahui Tarrant berbincang untuk pendengaran esok.

Dalam sesi keterangan selama tiga hari ini, ramai antara mangsa dengan emosi berbeza, marah dan sedih, mendesak hukuman penjara seumur hidup dikenakan ke atasnya.

Sekiranya hukuman itu berlaku, Tarrant menjadi orang pertama melalaui hukuman itu di New Zealand.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button