SemasaSukan

Penyerang JDT cedera, bayi 22 hari maut

Ibu mertua, pembantu rumah turut maut

NIBONG TEBAL : Penyerang pasukan bola sepak JDT terbabit kemalangan hingga menyebabkan bayi lelakinya berusia 22 hari serta dua lagi wanita dalam kenderaan pelbagai guna, MPV, maut.

Kemalangan dikatakan berlaku di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, turut membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, bersama anak perempuan sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.

“Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.”

“Anggota kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiga mangsa iaitu Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an serta seorang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kesemua mereka diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi pada jam 6.12 pagi,” katanya.

Isteri beliau dilaporkan berada di zon merah hospital Sungai Bakap, dan telah dipindahkan ke hospital Seberang Jaya.

JDT dalam laman twitter rasminya turut mengucapkan takziah kepada Syafiq.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button