DuniaKemanusiaanSyria

Penulis buku, Neil Gaiman sertai UNHCR bantu krisis pelarian Syria

``Jangan lupakan pelarian yang kesejukan''

Menyedari kesukaran dan penderitaan hidup pelarian Syria yang kini berdepan cuaca sejuk membeku, penulis buku fantasi terkenal, Neil Gaiman membantu agensi pelarian PBB, UNHCR, bagi rayuan bantuan musim  sejuk Syria.

Gaiman menegaskan yang pandemik wabak Covid-19 telah menunjukkan kelemahan terhadap beberapa kerajaan bertindak balas terhadap krisis kemanusiaan dan tidak melupakan bahawa pelarian juga manusia biasa yang menghadapi kesukaran.

“Tahun 2020 telah menunjukkan kepada kita yang kita juga berdepan satu langkah daripada menjadi pelarian”, kata Gaiman, Duta Muhibbah UNHCR kepada  AFP.

“Kita semua mempunyai rancangan untuk tahun 2020, namun Tuhan mengetawakan rancangan kita sebaliknya memberikan sesuatu yang lain buat 2020.”

“Bagi kebanyakan pelarian, mereka juga mempunyai rancangan untuk kehidupan mereka, mereka hendak berada di mana mereka ada, tapi semuanya berjalan salah.”

Neil Gaiman, yang terkenal dengan buku-buku hasil tulisannya seperti “American Gods” dan komik bersiri “The Sandman”, bekerjasama bersama ratusan peminat dan pelukis untuk menghasilkan sebuah animasi berdasarkan  puisi bertajuk, “What you need to be warm”.

“Manusia mempunyai daya ketahanan yang tinggi, kreatif berimaginasi. Namun begitu, bagi ramai orang dan juga bagi seluruh pelarian, tahun 2020 diibaratkan bagai gempa susulan daripada gempa bumi meranapkan banyak rumah”

UNHCR mengeluarkan amaran yang musim sejuk tahun 2020 ialah yang paling teruk kepada lebih enam juta orang pelarian Syria, yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan belari ke sempadan akibat peperangan saudara yang hampir sedekad berterusan.

“Krisis pelarian sangat senang dilupakan. Senang untuk dilupakan kepada hampir 80 juta orang yang terpaksa berpindah randah di serata dunia sekarang ini. Kita tidak boleh melupakan mereka.”

Rayu Gaiman lagi, “Cuaca semakin sejuk sekarang ini, dan lagi sejuk bagi mereka yang hanya tinggal di dalam khemah.”

Lisa Abou Khaled, seorang jurucakap UNHCR di Beirut, memberitahu AFP bahawa tahun 2020 adalah “tahun paling susah setakat ini” kepada satu juta warga Syria yang dibuang ke Lubnan.

Katanya ramai bersusah payah untuk meneruskan hidup dalam cuaca hujan serta sejuk beku sambil tinggal dalam tempat pelindungan sementara mereka, dan juga ancaman hujan.

“Hidupan seharian jadi lebih mencabar akibat Covid-19,” kata Khaled.

Di atas rasa prihatin terhadap nasib pelarian Syria yang dalam kesejukan Gaiman meminta peminat-peminatnya berkongsi di Twitter kenangan manis mereka sewaktu musim sejuk.

Sambutan yang menggalakkan diterima daripada peminat beliau, daripada pelukisdengan mengongsi 25,000 perkataaan yang kemudian diabadikan Gaiman dalam satu karya video pendek animasi daripada lukisan.

Gaiman mengakhiri karya itu dengan satu ungkapan “kamu berhak berada di sini” sebagai perlambangan bahawa pelarian sejuk patut diberi hak untuk mendapat kepanasan dalam musim sejuk.

Satu animasi pendek diterbitkan UNHCR daripada yang telah dijadikan sebuah animasi pendek berdasarkan lukisan dari pelukis serta pelari.

–  Yahoo! news

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button