Covid19Semasa

Lagi kluster baharu! Kluster TAWAR di Kedah

Miliki 10 kes positif

PUTRAJAYA – Lagi Kluster baharu!

Kluster Tawar Kedah – diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kluster itu dengan kes pertamanya adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang peniaga.

Beliau mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos yang dianggarkan telah dihadiri seramai 30 orang.

Memperincikan Kluster Tawar, Datuk  Dr. Noor Hisham berkata kluster itu melibatkan 10 kes positif dengan kes pertama kluster itu adalah kes ke-9,113 yang dikesan positif Selasa (11 Ogos) lalu manakala sembilan kes lagi dilaporkan positif semalam.

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button