Semasa

Pengguna produk beracun segera dapatkan rawatan!

Racun sildenafil, tadalafil, dexamethasone, prednisolone

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi amaran kepada orang ramai yang sedang menggunakan produk yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.
Sebanyak 21 produk makanan membabitkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.
21 produk makanan itu adalah hasil pemantauan yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, BKKM sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.
KKM dalam satu kenyataan berkata, BKKM sentiasa memantau produk-produk makanan di pasaran bagi produk yang mempunyai racun-racun tersebut.
Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan tersebut.
Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.
Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button