Ekonomi

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hingga Jun 2021

Kenderaan MPV dan SUV pemasangan tempatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Disember ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan pengecualian cukai jualan penuh dilaksanakan ke atas kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD).

Pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV import baharu dan import terpakai (CBU),” katanya.

“Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu bermula 15 Jun dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. – BERNAMA

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button