Semasa

Pengasas Sugarbook dikenakan waran tangkap

Gagal hadir diri untuk sebutan semula kes

SHAH ALAM 26 Mac : Mahkamah Majistret Shah Alam, mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook kerana gagal menghadirkan diri untuk sebutan semula kes, hari ini.

Majistret Sabreena Bakar @Bahari mengeluarkan waran tangkap ke atas Chan Eu Boon, 34, selepas dimohon pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asnaf Anuar Sharuddin, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa pihak pembelaan sepatutnya hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen.

“Bagaimanapun, tertuduh, peguam dan penjaminnya gagal berbuat demikian.

Sabreena kemudian menetapkan 15 Mei depan bagi sebutan semula kes berikutan waran tangkap itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga usahawan teknologi maklumat (IT) didakwa menyiarkan kenyataan itu dalam laman web pada jam 10 pagi 10 Februari lalu.

Kenyataan itu kemudian dilihat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada jam 6.26 petang hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai. – BH

Related Articles

Back to top button