EkonomiSemasa

Pendaftaran program ePemula dibuka hari ini

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

Program inisiatif kerajaan, ePemula, telah bermula secara rasmi pada hari ini.

ePemula merupakan sebuah program kerajaan yang diumumkan dibawah Bajet 2022 untuk meringankan beban belia antara 18 sehingga 20 tahun atau pelajar pengajian tinggi sepenuh masa.

Program ini telah diberi peruntukan sebanyak RM300 juta dan bagi setiap belia yang mendaftar akan diberikan duit secara e-kredit sebanyak RM150.

Kementerian Kewangan Malaysia memberikan kenyataan menyatakan golongan belia boleh mendaftar menggunakan platform yang berkerjasama dengan kerajaan

https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1513032005826801665/photo/1

“Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2022, golongan ini bole mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu tempat daripada empat tempat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu bigPay, GrabPay, ShopeePay dan Tounch ‘n Go eWallet,” dalam sebuah kenyataan media.

Namun duit e-kredit yang diberi hanya dibenarkan untuk transaksi luar talian dan tidak boleh digunakan untuk pembelian atas talian seperti penggunaan membeli barang atas talian di Shopee.

Walau bagaimanapun, perkata ini telah dapat pelbagai reaksi daripada golongan yang layak menerima.

Program ini dilancarkan bagi menggalakkan pembelanjaan tanpa tunai oleh belia dan transaksi tanpa tunai oleh peniaga. Program in dijangka akan memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia.

Tempoh tuntutan duit e-kredit tersebut adalah dari 11 April sehingga 1 Jun 2022 dan kredit hanya boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button