PalestinSemasa

Pemuda Palestin terkorban dalam perjalanan ke sekolah

JENIN : Seorang pelajar sekolah menengah Palestin telah ditembak mati ketika dia dilaporkan dalam perjalanan ke sekolah, semasa serbuan oleh tentera israel di bandar Jenin yang diduduki utara Tebing Barat.

Lima lagi cedera semasa serangan tentera israel awal pagi Isnin di bandar Jenin itu, menurut Kementerian Kesihatan di sana.

Arwah Mahmoud Saadi, 18, ditembak tentera israel

Menurut kementerian itu lagi, pemuda Palestin yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mahmoud Saadi, 18,  telah ditembak dan cedera ketika pertempuran berkenaan.

Wartawan tempatan Mujahed al-Saadi memberitahu Al Jazeera bahawa remaja itu adalah saudara jauhnya dan saksi yang dia bercakap mengesahkan bahawa dia dibunuh ketika berdiri di jalan menuju ke bilik darjah.

Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa seorang warga Palestin dibawa ke hospital di Jenin dengan kesan tembakan di perut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Dia dimasukkan ke rawatan rapi sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Pada masa yang sama, 4 lagi dimasukkan ke hospital di Jenin, seorang dalam keadaan stabil selepas ditembak di dada, dan tiga lagi dengan kesan tembakan di bahu dan kaki dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Unit tentera israel yang besar menyerbu kejiranan Jenin dan mengepung rumah aktivis yang kemudiannya ditahan.

Tentera israel telah melakukan serbuan, penangkapan dan pembunuhan hampir setiap hari di bandar Jenin dan Nablus di utara Tebing Barat, di mana penentangan bersenjata Palestin semakin meningkat.

Di seluruh Tebing Barat, tentera israel selama beberapa dekad kerap melakukan serbuan ke bandar dan kampung Palestin, yang membawa kepada kecederaan serta pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

Tahun ini menandakan jumlah tertinggi rakyat Palestin yang dibunuh oleh israel di Tebing Barat sejak 2006 lagi.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

BACA JUGA
Hari ulangtahun kemerdekaan Palestin, kini merdekakah mereka?

Related Articles

Back to top button