Covid19EkonomiKemanusiaanSemasa

Pemilik Laman Tebu Viral bekerjasama mengumpulkan asnaf

Berbakti untuk penduduk setempat

Sabak Bernam : Misi Ummah Bantu Ummah di Sabak Bernam mengumpulkan hampir 500 orang penerima bantuan. Bagi mengumpulkan data mereka yang layak menerima bantuan, MAPIM Malaysia sentiasa bekerjasama erat dengan pemimpin setempat. Ini kerana mereka lebih tahu keadaan di kawasan mereka.

Ini selaras dengan kalimat (Dr.) Sani Araby Al Kahery, CEO MAPIM Malaysia,

“MAPIM Malaysia sangat mengutamakan hubungan baik dengan pihak setempat. Kita tidak mahu kedatangan kita disalah sangka dan menimbulkan rasa tidak selesa. Untuk kita, mereka lebih tahu apa yang terjadi di halaman rumah mereka sendiri. Kita cuma sebagai penyampai amanah, menyalurkan bantuan dan menjadi pemudah cara.”

(Dr.) Sani Araby Al Kahery

Antara mereka bekerjasama dengan MAPIM Malaysia adalah Encik Aidil, pemilik Laman Tebu Aidil Orkid yang pernah viral di laman sosial sebelum ini. Beliau bertanggungjawab mengumpulkan senarai penerima bantuan yang layak untuk Kampung Parit 3 dan Parit 4. Beliau merupakan ketua cawangan di kawasan itu.

Encik Aidil pemilik Laman Tebu Aidil Orkid
Laman Tebu Aidil Orkid yang viral

Menurut Encik Aidil, “Saya turun sendiri memeriksa rumah-rumah yang memerlukan bantuan.”

Ini bagi memastikan tidak ada orang yang menipu dan tidak ada yang tertinggal. Bagi mengesahkan kesahihan ekonomi penerima, Encik Aidil juga berhubung dengan pihak zakat dan JKM. Selepas semua data disahkan, senarai itu akan diserahkan kepada pihak MAPIM Malaysia untuk tindakan lanjut.

Warung Laman Tebu Aidil Orkid dijadikan stor sementara untuk pengagihan bantuan. Dimaklumkan, Laman Tebu Aidil Orkid sudah dibuka semula untuk urusan perniagaan selepas berbulan ditutup kerana PKP. Semoga Laman Tebu Aidil Orkid terus maju.

Warung dijadikan stor sementara
Misi Ummah Bantu Ummah
Bekerja keras demi menyampaikan amanah

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button