Covid19Sukan

Pemain tenis positif Covid-19 ATP Prague ditangguh

Nama tidak didedahkan

Aksi rasmi pertama, kejohanan Terbuka ATP ditangguh selepas salah seorang peserta disahkan positif Covid-19.

Taikh baharu belum diumumkan namun penganjur tidak mendedahkan nama pemain yang berkenaan.

Selepas selesai ujian pra kejohanan di Cabaran ATP di Prague, seorang pemain didapati positif Covid-19, kata ATP dalam ciapan di Twitter.

Kejohanan yang menampilkan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka sepatutnya bermula hari ini dan tamat pada 22 Ogos.

ATP berkata, pemain berkenaan akan menjalani kuarantin di rumahnya selepas dia berpangkalan di negara Republik Czech.
Selain itu, proses mengesan kontak rapat dan pernah bersentuhan dengan pemain berkenaan sudah mula dijalankan.

“Pemain berkenaan bukannya terus diterima masuk (automatik) beraksi baik dalam undian utama atau pusingan kelayakan,” kata ATP.

Jun lalu, Novak Djokovic, Borna Coric, Viktor Troicki dan Grigor Dimitrov kesemuanya diuji positif virus berkenaan ketika menyertai kejohanan pertunjukan Jelajah Adria.

-AFP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button