Covid19DuniaKemanusiaanSyria
Trending

Pelarian Syria di Lubnan putus harap, mahu keluar dari Beirut!

43 daripada 180 yang maut, hidup semakin sukar, tiada kerja, tiada rumah

Lebih dua minggu, letupan memusnahkan bandar raya Beirut berlaku, selain warga Beirut sendiri yang terjejas, pelarian Syria terutamanya tidak tahu apakah lagi yang bakal menimpa nasib mereka?

8 Ogos lalu, satu kenyataan dikeluarkan oleh Kedutaan Syria menyebut seramai 43 orang warga Syria atau lebih kurang suku daripada seluruh 180 mangsa maut, apabila 3,000 tan ammonium nitrat meletup di pelabuhan Beirut.

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, berkata daripada laporan yang diterima 89 mangsa adalah pelarian Syria.

Bagaimana pun, Ketua komunikasi UNHCR, Omar Elnaiem berkata setakat ini hanya 14 orang sahaja yang disahkan.

Apa pun jumlahnya dan masih belum disahkan, kerana tiada dokumen sah, yang pasti pelarian Syria di Beirut semakin terhimpit dengan derita yang tidak berkesudahan.

Ramai di antara mereka tinggal di kawasan perjiranan yang miskin sekitar Beirut, malah dekat dengan kawasn pelabuhan.

Sudah tentu, dapat dibayangkan kesukaran mereka dalam meneruskan kehidupan dalam suasana padang jarak padang tekukur itu.

Bagi Dima Steif, 16 tahun, yang tinggal di kawasan perjiranan miskin berdekatan pelabuhan, bumbung rumah mereka runtuh ketika mereka cuba keluar dari rumah sejurus kejadian.

Dima dan keluarganya datang ke Lubnan pada tahun 2014 selepas melarikan diri daripada perang saudara di Syria.

Mengenang tragedi paling buruk dalam sejarah Lubnan itu pada 4 Ogos lalu, Dima sugul menceritakan hari ibunya, Khaldi dan kakak serta adiknya, Latifa, 22, dan Jude, 13 tahun pergi buat selama-lamanya.

Apalah remaja pada usianya boleh fikirkan kerana trauma mengenang letupan bak bom nuklear.

Syrian refugee story - Dima [Arwa Ibrahim/Al Jazeera]sumber: Aljazeera

Aljazeera mengunjungi  Dima yang cedera, juga kakaknya Diana, 18 tahun. Kedua-duanya masih terkejut dengan letupan ayah mereka tiada di rumah.

“Kami berada di dalam rumah, sedang berbual dan ketawa, tiba-tiba kami dengar letupan pertama, Kami ingatkan ia adalah kebakaran tapi letupan kedua amat menggerunkan apabila tanah juga bergoyang”,  kata Dima sambil memegang patung tinggalan Jude, dan satu-satunya mainan yang dapat diselamatkan.

Timbalan  Ketua Delegasi, Jawatankuasa Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, ICRC di Lubnan, Basma Tabaja, berkata pelarian Syria sememangnya antara yang terjejas teruk ekoran kejadian.

Ramai di antara mereka bekerja di pelabuhan mengangkut kargo, malah sebahagian besar tinggal di Karantina, berhampiran pelabuhan, kerana itu ramai daripada mereka tercedera dan menemui ajal.

Fatima Abumaghara, 35, lari menyelamatkan diri dan keluarga dari Aleppo, pada tahun 2013.

Suami Fatima, Abdel Qader Balusso, 43, buruh di Karantina, maut dalam letupan meninggalkan dia dan empat lagi  anak mereka.

Fatima kini seolah putus harap, kerana hilang segala-galanya.

Katanya, letupan itu adalah lebih buruk daripada apa yang mereka alami di tanah air di Syria, kerana tahu mungkin tidak akan ada harapan untuk hidup, tetapi tragedi Beirut lagi memburukkan keadaan.

Survival untuk hidup semakin tinggi, lagilah dihimpit dengan diskriminasi ke atas pelarian Syria yang berlaku sejak dia berpindah ke Lubnan, dengan anaknya menjadi mangsa buli di sekolah, selain dihina jiran-jiran.

Kini, harapan semakin pudar katanya, setelah semua yang ada dikorbankan untuk masa depan anak-anak tidak lagi terjamin.

Kisah tragis dan sedih, dikongsi juga Mahmud dan abangnya Fawaz, oleh BBC.

Mereka terpaksa menyelamatkan apa sahaja dari rumah ditinggalkan ayah mereka di kawasan sekitar bangunan di tepian pantai.

Rumah mereka bagai kapal pecah dengan runtuhan dinding, perabot dan peti sejuk rosak, selain kaca bertaburan di ruang tamu.

Rumah mereka di The Côte Building, walau tegap berdiri namun rosak akibat kejutan letupan yang berlaku.

Mahmud ketika mengenang hari kejadian, berlari balik ke rumah dari Daoura, kerana memikirkan keluarnya telah tiada.

Bersyukur, namun ujian semakin tinggi, apabila ayahnya, Ali buta sebelah mata, ibunya terlantar, kerana cedera di bahagian belakang badan dan leher, manakala adiknya cedera, dan Sidra maut ditimpa runtuhan.

Fatmah Kenno, who was injured in the Beirut explosion

Sememangnya pihak berkuasa kini membantu mangsa terjejas, apakah pelarian Syria ini terus merempat.

Tiada pekerjaan, tiada rumah yang elok diduduki, dan kini kehilangan tonggak utama keluarga apa lagi yang mereka harapkan bagi 1.5 juta pelarian Syria di Lubnan.

Mahmud Kenno, whose family were caught up in the Beirut explosion
sumber:BBC.com

Mahmud, benci jika orang memanggilnya pelarian, malah tidak akan meminta-minta tapi kini sebaliknya.

Sejak berusia 13 tahun berada di Lubnan, Mahmud, kini buntu membayangkan kehidupan masa depannya di bumi Beirut, untuk balik ke Syria jauh sekali.

Katanya mahu keluar dari Beirut!

Sementara itu, Ketua Aktivis Majlis Perundingan pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Al Araby dalam satu siaran langsung MAPIM mengenai tragedi Beirut baru-baru ini berkata, luluh hati melihat nasib warga Beirut apatah lagi pelarian Syria.

Selaku Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM), beliau sebak mengenang nasib mereka, dan untuk berada di bumi Beirut pastinya tidak akan tercapai kerana kekangan lintasan sempadan ketika ini akibat pandemik Covid-19.

Beliau sering ke Lubnan bagi misi bantuan kemanusiaan MAPIM di 11 khemah pelarian di negara itu, yang menempatkan 2,500 pelarian Syria, di Aarsal, Qaraoun dan Tanayel di Wilayah Beqaa.

Namun melihatkan kesan letupan, banyak lokasi yang disinggahi sama sekali berubah daripada yang sebelumnya.

Sehubungan itu MAPIM dengan segera melancarkan Tabung Kemanusiaan Beirut, #prayforbeirut MAPIM.

Jauh, tapi rakyat Malaysia boleh menyumbang kepada tabung ini untuk kebaikan mangsa yang terjejas di Beirut sebagai empati dan simpati mereka.

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button