KerohanianSemasa

Pelajar ditahan bakar surau

Dipercayai tekanan perasaan

KUCHING: Seorang pelajar ditahan kerana dipercayai menjadi dalang kejadian kebakaran Surau Darul Fadzlillah dan perbuatan khianat ke atas TABIKA KEMAS di Kampung Gita Laut, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Awang Din Awang Gani, berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang juga penduduk kampung berkenaan ditahan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.

“Menurut saksi, suspek yang mempunyai masalah mental dilihat melakukan perbuatan itu sekitar jam 7.53 pagi sebelum ditangkap oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Awang Din, akibat tindakan suspek, surau yang dibakarnya telah mengalami kemusnahan beberapa peralatan termasuk kabinet, sistem suara dan sejadah.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan segera oleh penduduk kampung.

Sementara itu, bagi kejadian di TABIKA yang berhampiran dengan surau terbabit, beliau berkata suspek telah merosakkan kawasan landskap dengan mencabut bunga manakala tanah di dalam pasu ditaburkan berselerak di kawasan halaman tabika berkenaan.

Katanya, kejadian disedari oleh guru di tabika itu yang hadir ke lokasi untuk rutin harian.

Susulan itu, Awang Din berkata suspek kini ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya berdasarkan maklumat, suspek mengalami tekanan perasaan dan masalah mental sejak tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) apabila sering membuat kacau di rumahnya.

Katanya kedua-dua kes kini dalam siasatan masing-masing di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 KK.

  • Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button