Covid19DuniaKemanusiaanPalestin

Pejuang isu Palestin meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19

Kehilangan besar bagi Palestin

RAMALLAH:   seorang veteran terkemuka yang memperjuangkan isu Palestin meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19. (10/11)
Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan berita berkenaan sebagai ‘kehilangan seorang abang dan kawan, juga kehilangan besar bagi Palestin dan penduduknya’.
Erekat adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam menjalankan rundingan bagi mengakhiri konflik Israel – Palestin, satu matlamat yang tidak dapat disaksikannya.
Beliau dimasukkan ke Hospital Hadassah Ein Kerem pada 18 Oktober lalu kerana masalah fibrosis paru-paru.
Berikutan masalah pernafasan yang dihadapi, peluang untuk sembuh sangat rendah.
Hadassah dalam kenyataan berkata, beliau menerima rawatan rapi selepas dimasukkan ke hospital namun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perkembangan baik.
“Beliau berada dalam keadaan kritikal dan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan pelbagai fungsi organ,” katanya. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button