Semasa

PBB sedia 1 bilion jarum suntikan tahun depan

Persiapan suntik vaksin Covid-19!

GENEVA: Setiap kali vaksin dihasilkan, semakin banyak jarum suntikan diperlukan.

Satu bilion jarum suntikan akan disediakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, menjelang akhir tahun depan bagi menyuntik vaksin Covid-19.

Agensi Kanak-kanak, Pendidikan dan Pelarian PBB, berkata mereka menyasarkan untuk mengumpul 520 juta jarum suntikan di gudang simpanan menjelang akhir tahun ini, bagi menjamin bekalan awal yang mencukupi.

“Dunia akan memerlukan seberapa banyak jarum suntikan yang ada, selain dos vaksin,” – UNICEF

Jarum suntikan terbabit akan digunakan oleh Covax iaitu gabungan antarabangsa bagi perolehan vaksin, penghasilan, dan pengagihan yang diasaskan oleh PBB.

Menurut Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, mereka juga akan membeli lima juta kotak keselamatan bagi membuang jarum suntikan terpakai.

Setiap satu kotak keselamatan boleh memuatkan 100 batang jarum yang telah digunakan

“Memberi vaksin COVID-19 ke seluruh dunia adalah antara tugas terbesar dalam sejarah peradaban manusia, dan kita perlu bergerak pantas.”

“Menjelang akhir tahun, kita yakin dapat menyediakan lebih satu bilion jarum suntikan untuk diagihkan,” katanya.

Setiap tahun 620 juta jarum suntikan dibeli UNICEF bagi suntikan vaksin penyakit lain, sehubungan itu jarum baru itu adalah tambahan kepada jarum sedia ada.

Menurut PBB, terdapat pembangunan 42 vaksin bagi COVID-19 yang kini dalam fasa ujian klinikal terhadap manusia.

Sepuluh daripadanya sudah mencapai tahap ujian besar-besaran tahap ketiga dan akhir.

Selain itu, 156 vaksin lagi sedang dibangunkan di makmal untuk ujian terhadap manusia dan pada kebiasaannya, hanya sekitar 10 peratus daripada sesuatu vaksin yang dibangunkan itu melepasi semua tahap uijian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button