Semasa

Parlimen bersidang secara hibrid akhir Ogos depan

Syarat ketat cegah COVID-19 oleh MKN

KUALA LUMPUR : Parlimen dijangka bersidang secara hibrid pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Perkembangan terkini itu diputuskan Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid yang dipengerusikan bersama oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dalam kenyataan bersama kedua-duanya memaklumkan pihaknya telah mengkaji aspek teknologi dan metodologi perjalanan persidangan hibrid.

Tarikh itu bagaimanapun kata mereka tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat terlebih dahulu, dijangka pada akhir Julai.

Katanya, dengan andaian itu, dicadangkan satu Sidang Khas Parlimen diadakan awal Ogos tertakluk prosedur operasi standard (SOP) ketat dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Sesi sidang khas ini penting untuk memastikan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian mengenai hal-hal resolusi yang diperlukan untuk diterima pakai berkaitan perancangan mengadakan sidang Parlimen secara hibrid merangkumi beberapa pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat, takrif-takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab Ahli Parlimen serta perkara-perkara teknikal yang berkaitan.” – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim &  Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun

Kata mereka, persidangan hibrid melibatkan kehadiran fizikal sekurang-kurangnya 26 Ahli Dewan Rakyat untuk menepati kehendak korum di Dewan Rakyat dan 10 Ali Senator di Dewan Negara.

Related Articles

Back to top button