BanjirSemasa

Paras air lebihi tahap bahaya di 6 negeri – JPS

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya membabitkan Sarawak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ia berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat 10:45 pagi ini.

Selangor merekodkan stesen terbanyak melibatkan Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat; Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang; Sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang dan Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang.

Selain itu Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang; Sungai Langat di Dengkil, Sepang serta Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang.

Di Sarawak pula melibatkan stesen di Long Jegan, Long Teru dan Marudi, Miri; Pahang (Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera); Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat), Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button