Semasa

Panel Syariah MAPIM pastikan projek patuhi syariah

Tingkat keyakinan penyumbang dana

BANGI : Peranan Panel Syariah dalam sebarang institusi kewangan sememangnya menjadi satu tuntutan dan kini telah banyak institusi kewangan mempunyai panel mereka sendiri.

Pengwujudan Panel Syariah dalam institusi bertindak sebagai pemantau kepada segala operasi syarikat dan urusan perniagaan, termasuk produk yang perlu melalui badan panel terbabit sebelum ia diperkenalkan dan diguna pakai oleh orang ramai.

Selain institusi kewangan negara, institusi yang berkaitan dengan sumbangan orang ramai seperti Yayasan dan sebagainya juga perlu mempunyai Panel Syariah mereka sendiri sebagai badan pemantau dalam setiap urusan mereka.

Usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menubuhkan Jawatankuasa Panel Syariah dapat menambah keyakinan orang ramai terhadap kutipan, aktiviti dan urusan perniagaan yang dijalankan di bawah majlis itu.

Menurut Ustaz Shahrizan Daud At Turabi, sebagai organisasi yang amat rapat dengan  sumbangan dana daripada orang ramai langkah MAPIM  itu adalah satu yang wajar dan tepat.

Panel Syariah MAPIM katanya berfungsi untuk mengkaji dan memantau penyelarasan semua urusan atau projek yang dianjurkan MAPIM sama ada di dalam dan juga di luar negara mengikut prinsip-prinsip syariah.

Secara umumnya, masyarakat tahu, projek MAPIM banyak bersangkut paut dengan dana-dan di negara bencana, dana untuk orang pelarian, ibadah korban dan aqiqah, projek dakwah dan juga kaitan  urusan perniagaan yang dimanfaatkan oleh MAPIM dan rakan sekutunya.

Sehubungan itu menurutnya, sudah pasti Jawatankuasa Panel Syariah ini menjadi badan penting dalam memastikan dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap MAPIM.

Pematuhan kepada Panel Syariah MAPIM juga memudahkan operasi gerak kerja MAPIM dijalankan dengan rasa penuh tanggungjawab serta berakuantabiliti.

Mandat yang diberikan kepada Panel Syariah akan memberi nasihat kepada pihak pengurusan seterusnya menjadi pakar rujuk untuk gerak kerja yang berkaitan isu syariah.

Jawatankuasa Penasihat Syariah syariah dilantik daripada kalangan mereka yang ilmuwan dan para ulama Islam serta pakar kewangan Islam.

Panel Syariah MAPIM terdiri daripada Maulana Wan Helmi al Hafiz, Mudir Ma’ahad Tahfiz Husainiyyah, Jerantut Pahang juga penceramah bebas.

Ustaz Shahrizan, pendakwah bebas yang juga Ahli Majlis Dakwah Negara dibayangi bakal menyertai Panel Syariah MAPIM.

Beliau ditemui ketika menghadiri rancangan bual bicara langsung “ Tangisan Syria”  yang disiar menerusi laman FB rasmi MAPIM pada Selasa.

Bagi institusi kewangan negara, pengwujudan Panel Jawatankuasa Syariah adalah satu kewajipan mengikut Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Misalnya Majlis Panel Syariah Bank Negara,  dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button