Covid19Pendidikan

‘Pandemic’- perkataan paling dicari tahun 2020

Meningkat 115,806% carian

Syarikat penerbitan Merriam-Webster dan Dictionary.com, mendedahkan perkataan ‘pandemic’ ialah perkataan yang paling dicari pada tahun 2020 di seluruh dunia.

Merriam-Webster menyatakan orang mencari perkataan ‘pandemic’ meningkat dan terus menjadi carian terhebat terutamanya pada 11 Mac selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pandemik.

Pencarian ‘pandemic’ pada tarikh tersebut meningkat sebanyak 115,806% berbanding tahun lalu.

Banyak pencarian mengenai perkataan ‘pandemic’ adalah tinggi termasuk perkataan ‘asymptomatic’, ‘quarantine’ dan terutamanya ‘coronavirus’.

Oleh sebab pelanggan mencari maksud ‘Covid-19’, perkataan itu dimasukkan ke dalam kamus dalam masa sebulan selepas ia pertama digunakan.

Dictionary.com juga berkata perkataan ‘pandemik’ adalah perkataan yang “menentukan konteks tahun 2020”.

“Bahasa lingo istimewa yang menjangkau topik-topik epidemiologi hingga tingkah laku sosial yang membentuk serta mengembangkan glosari hidup seharian,” tulis kamus online itu dalam kenyataannya.

Istilah seperti  penjarakan sosial, mendatarkan lengkungan juga kini bukan sahaja digunakan oleh golongan profesional kesihatan malah difahami oleh orang ramai.

Kedua-dua kamus talian berikut memasukkan perkataan ‘defund’ sebagai salah satu perkataan paling dicari tahun ini.

Perkataan itu popular berikutan kes George Floyd yang dibunuh anggota polis Amerika Syarikat pada Jun lalu.

`Defund’ merujuk kepada penarikan balik peruntukan yang diberikan kepada polis Amerika susulan keganasan kepada lelaki kulit hitam itu.

Justeru, kedua-dua kamus dalam talian itu menjadi panduan bulanan orang ramai tahun ini.

Percubaan pendakwaan terhadap bekas Presiden Donald Trump mendominasi carian dua bulan pertama dalam Dictionary.com.

Merriam-Webster pula memberi penghormatan kepada Kobe Bryant yang maut dalam kemalangan helikopter Januari lalu dengan mengetengahkan nama panggilannya, ‘Mamba’.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button