Semasa

Padah redah banjir, pacuan 4 roda hanyut!

Bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2

CHUKAI : Padah meredah banjir di laluan yang sudah ditutup menyebabkan sebuah pacuan empat roda Ford Ranger dihanyutkan arus di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai di sini, jam 10.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika tiga sekeluarga yang menaiki Ford Ranger itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Mak Lagam di Chukai.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, jalan itu sudah ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan banjir yang melanda daerah ini sejak Ahad lalu.

“Ford Ranger terbabit hanyut namun kesemua penumpang dapat keluar daripada kenderaan itu. Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun yang berada di atas bumbung Ford Ranger itu.” – Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan

“Kami turut bersama anggota bomba mengeluarkan Ford Ranger terbabit yang tenggelam,” katanya.

Hanyan turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

“Laluan ditutup demi keselamatan dan jangan ambil risiko meredah banjir,” katanya.

______________________________

*MAPIM mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 kit kebersihan diri
– 10,000 kit solat
– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan – pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)
– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan
– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM
– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button