Covid19Semasa

Netizen keliru?- Rentas Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

Tidak perlu kebenaran polis

PUTRAJAYA : Bermula 12:01 minit malam ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. PKPB, akan dimulakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sebaik diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam netizen keliru maksud sebenar PKPB atau mungkin sudah terlupa dengan siri Perintah Kawalan yang dilaksanakan mengikut kadan dan keperluan penularan jangkitan Covid-19.

Rata-rata orang ramai yang berada di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, bertanyakan maksud PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Mereka turut keliru dengan perintah merentas daerah yang dikenakan apabila PKPB dilaksanakan pada 14 Oktober ini.

UmmahToday memperincikan PKPB yang bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terutama membabitkan kawasan Lembah Klang.

Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dikategorikan sebagai Lembah Klang.
Pergerakan di tiga kawasan ini adalah dikira sebagai rentas daerah bukannya rentas negeri semasa PKPB, maka pergerakan rentas daerah ke daerah dibenarkan.
Menurut Majlis Keselamatan Negara dalam menyatakan contoh situasi, sekiranya seseorang tinggal di Banting, dan ingin ke Putrajaya atas urusan kerja, pergerakan ke Putrajaya tidak perlu memohon kebenaran daripada pihak polis.
Dalam pada itu, PKPB menyenaraikan beberapa aktiviti yang dilarang, antaranya pergerakan keluar masuk merentas daerah tidak dibenarkan. Pekerja merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan.

Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar dari sebuah rumah untuk membeli barang keperluan.

Sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, tahfiz pusat rekreasi akan ditutup.

Bagi tempat ibadah awam, termasuk masjid ditutup, manakala aktiviti sukan, rekreasi dan majlis kahwin juga tidak dibenarkan.

Aktiviti ekonomi pula dibenarkan beroperasi seperti biasa.

PKPB dilaksanakan di Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masing -masing bermula 13 dan 14 Oktober kerana peningkatan jumlah kes Covid-19 di negeri yang terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button