DuniaKesihatanSemasa

Kadar positif Covid-19 di ibu kota Filipina semakin tinggi

 

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

FILIPINA – Seorang pakar kesihatan mengeluarkan amaran berdasarkan data kerajaan mengenai kadar positif COVID-19 yang sangat tinggi iaitu 19.1 peratus di wilayah ibu kota Filipina.

Menurut Guido David, seorang profesor di Universiti Filipina dan Felo Penyelidik OCTA, kadar itu jauh lebih tinggi daripada penanda aras yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu sebanyak 5 peratus.

Katanya lagi, mereka memerhatikan peningkatan yang berterusan dalam kadar positif dan jangkitan yang terus meningkat di Metro Manila dan wilayah berdekatan.

1,967 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Filipina hari ini dan meningkatkan jumlah kes yang disahkan di negara itu kepada 3,955,758.

Menurut Jabatan Kesihatan, kini terdapat 28, 111 kes aktif, manakala 29 orang lagi telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada 63,042.

Terdapat 869 kes baharu di Metro Manila, kawasan ibu kota, yang menempatkan lebih 13 juta orang penduduk.

Menurut David, faktor seperti pilihan untuk memakai topeng muka, imuniti yang semakin pudar, dan mobiliti yang ketara dalam kalangan penduduk menyumbang kepada kadar tindak balas yang positif. Beliau juga meramalkan bahawa kadar positif akan terus meningkat.

Lebih 73.1 juta orang di negara itu, yang mempunyai populasi kira-kira 110 juta, telah menerima semua vaksin yang disyorkan.

Related Articles

Back to top button