DuniaInspirasiSemasa

Nama Baginda menyentuh hati seorang wanita katolik

Ini merupakan saat yang penuh emosi selepas seorang wanita Katolik menangis apabila mendengar nama baginda, Nabi Muhammad SAW.

Kejadian yang menyentuh hati itu berlaku di reruai dakwah yang diuruskan oleh sekumpulan pemuda One True Message Foundation di London.

Ketika wanita Katolik itu bersama pemuda tersebut, mereka sedang berbual tentang pesuruh Allah (Rasulullah).

Pengakuan menyentuh hati itu selepas mendengar nama baginda – Foto Ilmfeed

Dalam perbualan itu, wanita tersebut diajukan beberapa soalan tentang Nabi-nabi utusan Allah oleh seorang pemuda di situ.

“Saya percaya dan pasti Jesus (Nabi Isa AS) ialah pesuruh Tuhan walaupun bertentangan dengan fahaman agama saya tetapi ia jauh lebih logik berbanding kepercayaan katolik,” katanya.

Pemuda itu terkejut apabila soalan tentang pandangan terhadap Baginda SAW dijawab oleh wanita itu, “Semoga Tuhan merahmatinya serta pengikutnya.”

“Awak buat saya tersentak dan sebak apabila menyebut nama Muhammad dan ia berlaku setiap kali disebut kerana dia merupakan seorang yang sangat beragama setelah apa yang telah dia sampaikan tentang agama kepada pengikutnya.

“Saya tidak tersentuh apabila awak menyebut nama Jesus (Nabi Isa AS), tetapi apabila nama Muhammad disebut, ia amat menyentuh hati dan begitulah cara saya peduli tentangnya,” jelas wanita tersebut.

Wanita tersebut dibesarkan sebagai katolik dan menjelaskan bahawa anak perempuannya berhijrah ke agama islam sebelum membuat keputusan bagi melafazkan dua kali syahadah bersama One True Message Foundation Dawah Team.

Berikut merupakan video penuh tentang detik menyentuh hati itu.

Sumber gambar – Ilmfeed

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button