BanjirDomestikSemasa

Mydin halalkan barang yang diambil

Datuk Ameer Ali Mydin memahami tindakan penduduk di situ susulan banjir teruk melanda

PETALING JAYA: Di kala Malaysia sedang dilanda banjir besar yang melibatkan beberapa kawasan sehingga terputus bekalan makanan, rakyat berusaha mendapatkan keperluan asas demi kelangsungan hidup.

Tular di laman media sosial Twitter di mana penduduk sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam, tiada pilihan lain selain memecah masuk pasar raya Mydin.

Menurut Mydin Holdings (M) Bhd, pihak mereka menghalalkan perbuatan memecah masuk dan mengambil barangan di dalam Mydin Mart cawangan Sri Muda, Shah Alam atas alasan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan darurat.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beliau amat tersentuh dan bersimpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya negara kita masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.

Ujar beliau lagi, cawangan yang dipecah masuk itu turut musnah akibat banjir dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa. Terima Kasih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan bahawa mangsa banjir di kawasan tersebut terpaksa memecah masuk ke pasar raya berhampiran selepas mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan untuk beberapa hari.

– UTUSAN


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button