Covid19Semasa

MKN gerak OP Patuh Pekerja Asing di Jasin

JASIN : Pasukan ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin menjalankan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan penempatan pekerja asing khusus di tapak perindustrian, semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan melibatkan empat kawasan iaitu penempatan pekerja Kilang Huat Lai Processing di Serkam dan Merlimau.

Termasuk Kilang Ohara Optical, Serkam dan penempatan pekerja Kilang Huat Lai Resources, Serkam.

Hasil pemeriksaan mendapati pematuhan pekerja terhadap SOP adalah pada peringkat terkawal dan memuaskan.

Dimaklumkan seramai 23 orang pegawai penguatkuasa terlibat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), MKN, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Tenaga kerja (JTK).

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

 

 

Related Articles

Back to top button