DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Mimpi buruk kanak-kanak Palestin tiada penghujung

Serangan Zionis korbankan jasad dan mental anak-anak Palestin

GAZA : 11 hari penindasan Israel terhadap Palestin bukanlah sesuatu yang baharu, berabad lamanya rakyat Palestin menderita menghadapi serangan yang dilakukan Zionis sehingga mengorbankan ribuan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Bukan sahaja jasadnya dirobek, malah, emosi dan mental kanak-kanak ini turut terjejas. Kehidupan kanak-kanak di Palestin tidak seindah rakan sebaya mereka yang ada di negara lain. Cita-cita anak kecil di Palestin kebanyakannya mengimpikan untuk menjadi seorang syahid.

Runtuhan bangunan inilah taman permainan buat anak-anak Palestin

Dalam serangan terbaharu Zionis, angka korban kanak-kanak di semenanjung Gaza dalam lingkungan umur seawal enam bulan hingga 17 tahun mencatatkan 66 kematian. Selain kehilangan nyawa, ribuan kanak-kanak dilaporkan cedera parah dan ada yang cacat seumur hidup.

Sasaran Zionis dilihat lebih pada kawasan dan bangunan-bangunan awam seperti sekolah dan hospital, tempat di mana rakyat Palestin berlindung daripada hujan peluru berpandu rejim Israel.

UNICEF memaklumkan 35 buah sekolah di Gaza telah musnah, manakala, 29 sekolah dijadikan tempat perlindungan sementara bagi rakyat Palestin yang kehilangan tempat berteduh. Sekurang-kurangnnya 10,000 warga Palestin menetap di pusat pemindahan sementara. Dalam angka yang besar itu, ada sejumlah kanak-kanak yang terselit.

Bangunan sekolah di Palestin antara yang menjadi sasaran rejim Israel

Ketidakadilan Israel terbukti apabila laporan diterima oleh organisasi bukan kerajaan memaklumkan mana-mana demonstrasi jalanan yang diadakan akan dilerai dengan menggunakan gas pemedih mata dan tembakan rambang akan dilepaskan meskipun ada kanak-kanak yang terlibat.

Bagi Israel, sebiji batu yang digenggam anak-anak Palestin untuk mempertahankan diri tetap dikira sebagai senjata berbahaya dan anak itu boleh ditangkap dan dihukum penjara lebih dari 20 tahun.

Konfrontasi dan penindasan Israel terhadap Palestin ini, lantas, membangkitkan kemarahan seluruh masyarakat dunia yang berang akan kekejaman Israel.

Menurut ciapan di laman Twitter Sheikh Yusuf Al-Qadrawy, beliau meminta semua umat Islam di dunia berjihad bersama-sama menentang dan membantu para pejuang di Masjid Al-Aqsa dan para mujahidin di Gaza.

Seorang pengguna Twitter @rulajebreal,  berkongsi foto penindasan rejim Israel terhadap kanak-kanak Palestin di mana seorang budak lelaki membawa basikal dengan mencacak bendera tanah air sendiri ditangkap dan diacu senapang seolah ia merupakan satu jenayah besar.

Dengan hanya melihat pada gambar, sudah terang lagi bersuluh kelakuan rejim Zionis ini pasti membawa penderitaan yang nyata buat kanak-kanak Palestin.

Al-Jazeera melaporkan walaupun gencatan senjata dicapai antara Israel dan Hamas pada 21 Mei, rata-rata keluarga Palestin terus menderita. 88 peratus kanak-kanak Palestin menderita trauma yang berpanjangan.

Pada tahun 2014, selama 51 hari Gaza diserang bertalu-talu oleh rejim Zionis sehingga meragut nyawa lebih daripada 2,200 rakyat Palestin, termasuk 500 kanak-kanak. Trauma mereka pada serangan Gaza lalu, masih belum lenyap difikiran, kini, peristiwa berdarah itu kembali berulang.

Seorang ibu tunggal Palestin, Shehada menceritakan kegigihan beliau untuk bangkit semula selepas kematian sang suami yang terkorban akibat serangan Israel dalam kawasan kejiranan Al-Shuja’iya pada 20 Julai 2014.

Serangan di kawasan itu mengorbankan kira-kira 67 rakyat Palestin dan ratusan lagi cedera parah.

Shehada menyifatkan kedua-dua perang terbesar ini adalah serangan yang terkutuk buat rejim Zionis.

“Hidup di Gaza bererti harus menghidupkan kembali trauma berulang kali. Perang adalah perkara paling buruk di dunia. Dan perang yang sebenarnya adalah perang yang harus anda jalani dengan kenangan mengenainya.” – Shehada/ balu Palestin

Sebagai seorang ibu tunggal yang menetap di Gaza, Shehada merasakan membesarkan anak diambang peperangan ini amat sukar buat dirinya. Namun, beliau harus kuat untuk meneruskan hidup.

Shehada berkata beliau akui dirinya turut gentar dengan serangan yang berlaku, keadaan mental anak perempuannya turut terjejas sehingga setiap kali bunyi dentuman bom beliau menangis ketakutan.

Seperti kebanyakan ibu di Gaza, Shehada dan anaknya juga memerlukan pemulihan psikologi. Hal ini kerana, peristiwa berdarah 2014 itu kembali menghantui dirinya.

Beliau turut menyuarakan penderitaan anaknya itu membuatkan beliau tertanya bagaimana keadaan anak Gaza yang lain, adakah mereka turut mengalami trauma sepanjang hidup?

Keperluan psikologi kanak-kanak Palestin

Menurut Pengurus kawasan Gaza di Majlis Pelarian Norway (NRC), pengepungan Israel terhadap kawasan Palestin mengakibatkan tahap kemiskinan mencapai 50 peratus, kadar pengangguran sebanyak 55 peratus dan sistem kesihatan yang semakin merudum antara punca kanak-kanak Palestin semakin menderita.

NRC juga memberitahu Al-Jazeera, 12 daripada 66 kanak-kanak yang terkorban dalam serangan udara terbaharu Israel merupakan peserta program yang pernah diwujudkan bertujuan membantu anak-anak Gaza mengatasi trauma dari perang sebelumnya.

Kanak-kanak yang terselamat daripada serangan ini mungkin sukar bagi mereka meneruskan hidup seperti biasa apabila ramai rakan sebaya pergi menghadap Ilahi. Bukan itu sahaja, ramai daripada kanak-kanak ini turut menjadi saksi kehilangan ibu dan ayah dalam sekelip mata.

Dianggarkan jumlah kanak-kanak Palestin yang memerlukan rawatan psikologi adalah tiga kali ganda berikutan serangan yang terbaharu mensasarkan golongan ini.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

***

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button