DuniaSemasa

Michel Aoun tangguh bentuk kerajaan baharu Lubnan

Selesai isu berbangkit

BEIRUT : Presiden Lubnan Michel Aoun menangguhkan rundingan untuk membentuk kerajaan baharu sehingga 22 Oktober depan.

Lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Negara pada Rabu, keputusan itu dibuat sejajar dengan tuntutan beberapa kumpulan politik untuk membolehkan beberapa isu berbangkit diselesaikan.

Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan bulan lalu ekoran insiden letupan yang menggegarkan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos.

Letupan itu menyebabkan kemusnahan di ibu kota Beirut, terjadi ketika negara mengalami krisis ekonomi di tengah-tengah usaha melawan pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button