KerohanianSemasa

Mi kari Old Town White Coffe halal

Bahagian Pengurusan Halal JAKIM

PUTRAJAYA : Susulan serbuan di sebuah restoran terkenal yang didakwa menjual mi kari bercampur daging babi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tampil dengan satu kenyataan.
JAKIM mengesahkan bahawa produk mi kari yang dijual di premis makanan dan minuman, OLDTOWN White Coffee adalah halal.
Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dalam satu kenyataan semalam berkata, semakan mendapati OLDTOWN White Coffee adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
“Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa mi kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka. Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti,” 
Kenyataan itu juga berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut.
Jelasnya lagi, siasatan oleh KPDNHEP mendapati dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar.
“Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.
“Orang ramai diminta merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya.
Katanya, pengguna digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat.
Sementara itu, OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan turut menjelaskan bahawa semua cawangannya memiliki SPHM daripada JAKIM.
Produk dan premis makanan yang memiliki SPHM boleh disemak menerusi Portal Halal Malaysia, www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar SmartHalal.
–  Kosmo Online, 13 November 2020
https://scontent.fkul16-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-0/p261x260/124570435_1776473909178541_7107874230177222228_o.jpg?_nc_cat=102&ccb=2&_nc_sid=cdbe9c&_nc_eui2=AeFONiYPvugj6vx_u5ctbYAM-XivxaFNQkT5eK_FoU1CRBOGkevs88dqJsPKNhSLspM5dz79Oq90WR0NI3-15Pra&_nc_ohc=NxLWfi6EwqoAX-Kfa0x&_nc_ht=scontent.fkul16-1.fna&tp=6&oh=021a976df5e0c0d3188d12bd1cd8de37&oe=5FD4C4AB

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button