Semasa

Mesyuarat Kecemasan Majlis Keselamatan PBB esok mungkin tanpa AS

Penyertaan Israel dan Palestin sekali

NEW YORK: Tunisia, Norway dan China menggesa diadakan mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok, mengenai pertempuran Israel dan Palestin, walaupun Amerika Syarikat (AS) terus menentang badan itu memainkan peranan dalam konflik berkenaan.

Sesi itu akan dibuat secara terbuka dan memasukkan penyertaan Israel dan Palestin, kata diplomat kepada AFP semalam.

Majlis itu sudah mengadakan dua persidangan video secara tertutup sejak Isnin lalu, dengan AS yang juga sekutu rapat Israel, menentang penerimaan deklarasi bersama, yang menurut negara itu tidak akan “membantu meredakan” situasi.

Menurut seorang diplomat yang enggan dikenali, cadangan bagi mesyuarat ketiga dalam tempoh kurang seminggu itu adalah atas desakan Palestin.

Matlamat mesyuarat baharu itu adalah ‘cubaan untuk membawa kepada perdamaian’… dan bagi Majlis Keselamatan PBB menyuarakan pandangannya serta menuntut gencatan senjata,” kata seorang lagi diplomat yang enggan dikenali.

Israel enggan membenarkan Majlis Keselamatan masuk campur dalam konflik itu, tuntutan yang setakat ini dipersetujui Washington, kata diplomat kepada AFP.

Bagaimanapun, AS melihat mesyuarat Majlis Keselamatan sebagai mencukupi dalam menzahirkan kebimbangan, dan menyifatkan kenyataan itu “tidak produktif,” kata diplomat yang enggan dikenali kepada AFP.

Di Washington, ketua diplomat, Antony Blinken mengumumkan wakil AS akan ke Asia Barat bagi meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin.

Bagaimanapun, sebagai tanda kecewa dengan langkah AS menyekat kenyataan Majlis Keselamatan, empat anggota Majlis dari Eropah iaitu Norway, Estonia, Perancis dan Ireland mengeluarkan kenyataan bersama mereka semalam.

“Kami mengutuk tembakan roket tentera Israel dan dari Gaza terhadap penduduk awam di Israel oleh Hamas dan kumpulan lain yang sama sekali tidak dapat diterima dan mesti segera dihentikan.

“Sejumlah besar korban awam termasuk kanak-kanak dari serangan udara Israel di Gaza dan kematian rakyat Palestin dan Israel menerusi serangan roket, sama-sama membimbangkan dan tidak dapat diterima,” kata kenyataan itu..

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour dalam surat kepada pengurusaan tertingi organisasi itu semalam, merayu supaya badan itu bertindak segera terhadap Israel bagi menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin termasuk di Semenanjung Gaza.

Beliau juga meminta PBB menggesaa Israel menghentikan penjajahan, pemusnahan dan pengusiran, termasuk di Baitulmaqdis Timur. – AFP

Related Articles

Back to top button