Kemanusiaan

Mesut Ozil kotakan kata – “Tidak ada anak yang harus kelaparan!”`

Bekerjasama dengan organisasi Muslim agihkan 2,000 makanan kepada yang memerlukan

EAST LONDON : Kotakan kata –  Mesut Ozil bekerjasama dengan beberapa badan kebajikan Islam di London untuk mengagihkan makanan sihat kepada mereka yang memerlukan.

Antaranya National Huffadh Association UK yang turun padang bekerjasama dengan Mesut Özil dan M10 Streetwear untuk membantu mengedarkan 2,000 bungkusan makanan sihat di beberapa kawasan yang paling kekurangan di East London; iaitu di Newham dan Tower Hamlets.

Pengedaran itu diselaraskan dengan rakan-rakan berikut dari Tower Hamlets: The Ottoman Doner, Docklands Football Club, Island Network dan Salaam Center (berpusat di Forest Gate, Newham).

Projek ini adalah sebahagian daripada kempen Warmer Winters  yang memperuntukkan 50,000 bungkusan makanan sihat diedarkan di London dari 20 hingga 24 September lalu.

Projek ini dipelopori oleh Mesut Özil dan disokong oleh bekas pemain bola sepak Arsenal FC seperti Matthieu Flamini dan Kieran Gibbs, serta Alberto Franceschi.

Ini adalah sebahagian dari janji Özil bahawa “Tidak ada anak yang harus kelaparan.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif National Huffadh Association UK,  Qari Is’Haaq Jasat berkata: “Kami bangga menyokong kempen Warmer Winters yang merupakan inisiatif yang sangat baik oleh Mesut Özil, yang merupakan pautan positif bagi banyak orang di seluruh dunia.

Projek ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beberapa bentuk kemiskinan, tetapi juga memberi harapan kepada mereka yang menderita dan mengalami keadaan yang mencabar pada tahun ini. ”

Bagi Pengarah, The Ottoman Doner, Abdal Ahmed pula berkata, The Ottoman Doner dengan bangga menyokong skim makanan Winter Warmer untuk kanak-kanak dan penduduk tempatan pada masa-masa yang sukar ini.

Terima kasih banyak kepada kakitangan dan sukarelawan kami kerana membuat ini berlaku hari ini.

Anggota skuad Lionheart England, Emdad Rahman MBE dari #bookbikelondon menyifatkan  “Ini merupakan inisiatif inovatif oleh pemenang Piala Dunia legenda Mesut Özil untukmelibatkan diri dengan anak-anak sekolah dan mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami tidak pernah menyaksikan detik bersejarah seperti ini , dan kami juga tidak akan melakukannya dalam hidup kami dan saya dengan bangga mengatakan bahawa sukarelawan memimpin masa depan.”

“Sungguh ajaib bagaimana Uthmaniyyah Doner, Docklands FC, Island Network dan The National Huffadh Association dapat bergabung dalam satu kesepakatan yang luar biasa.

“Sehingga ini, kerja sukarelawan yang cemerlang ini telah mencapai kepada ribuan sasaran anak-anak sekolah serta keluarga mereka. Tindakan oleh Özil dan pasukan ini menjadi pemangkin besar untuk perpaduan dalam komuniti kita untuk masa akan datang.  Syabas! ”

  • Susunan terjemahan dari IlmFeed oleh Mohd Zul Fikre Ali – Pelatih Fakulti Animasi UiTM

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button