PalestinSemasa

Menteri pelampau israel gesa serang Gaza dengan ‘bom nuklear’

Menteri Warisan israel Amichai Eliyahu memperbaharui gesaannya untuk menyerang Gaza dengan “bom nuklear.”

“Malah di The Hague mereka tahu kedudukan saya,” akhbar The Times of Israel memetik Eliyahu sebagai berkata semasa lawatan di bandar Hebron di Tebing Barat yang dijajah pada hari Rabu, merujuk kepada gesaannya sebelum ini untuk menggunakan senjata nuklear di Gaza.

Pada November, Eliyahu berkata menggugurkan “bom nuklear” di Gaza adalah “antara pilihan.”

Menteri garis keras itu, yang mempunyai retorik ekstremis terhadap rakyat Palestin, juga menggesa untuk menggalakkan penduduk Gaza berhijrah dari kawasan itu.

Pada 29 Disember, Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) meminta injunksi terhadap Israel kerana serangan Israel ke atas Gaza yang melanggar Konvensyen Genocide.

Pasukan undang-undang Afrika Selatan telah memasukkan kenyataan Eliyahu mengenai Gaza dalam fail yang dikemukakan kepada mahkamah.

Selepas selesai perbicaraan pada 11-12 Januari, mahkamah memulakan perbincangan selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak terlibat.

Israel telah melancarkan serangan maut ke atas Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 25,700 rakyat Palestin dan mencederakan 63,740 yang lain. 

Serangan israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala lebih separuh daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak atau musnah, menurut PBB.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button