KemanusiaanPalestinSemasa

Medan ilmiah Palestin dikunci Zionis

Facebook padam, sekat maklumat

Berbagai cara diusahakan oleh tentera rejim dalam merobek keamanan  rakyat Palestin sebagai ‘tuan tanah’ yang kini hari demi hari diusir keluar dari tanah kelahiran mereka sendiri. Dipukul si tua, dibunuh barisan pemuda dan diculik dari kediaman masing-masing. Bertahun-tahun lamanya mereka diseksa jiwa dan raga tanpa belas kasihan.Tidak kira umur, jantina semuanya dipukul sama rata digelar si pendatang walhal mereka yang lupa asal usul.

Sejak dahulu lagi, motif yang jelas ialah Zionis bertapak dan terus memperluaskan pengaruh di dalam negara Palestin. Ini bagi menyempurnakan perancangan utama mereka dalam memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dan Afrika juga negara Barat. Sehingga kini, pelan itu masih tersemat dalam pemikiran mereka untuk menjatuhkan umat Islam di dunia.

Silih berganti zaman kemodenan makin dikecapi, si pengganas giat mencari alternatif merenjat perkembangan bumi suci Palestin. Platform terkenal yang mudah dan luas untuk diguna pakai agen ‘dajjal’ bagi memecah belah umat Islam antaranya adalah laman sosial Facebook.

Pengasas laman sosial itu iaitu Mark Zuckerberg, masyhur dengan kehebatan beliau mewujudkan sebuah platform yang menyatukan 2.8 bilion manusia di seluruh dunia.  Tidak aneh jika platform sebegini mampu untuk memanipulasikan sesuatu berita dan menapis informasi yang tidak kena dengan ‘selera’ pengasas tersebut.

Tanggal 12 April 2021, Facebook  dilaporkan menghalang satu halaman acara yang dianjurkan oleh satu kumpulan Etnik Arab dan Muslim Diaspora (AMED). Dalam kejadian yang mengundang kontroversi itu, pihak Facebook dikatakan menghalang akaun tersebut daripada mengadakan perjumpaan secara alam maya. Topik perjumpaan itu menyentuh isu kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim zionis serta penderitaan Islam di serata dunia.

Tidak cukup menghalang halaman acara daripada berlangsung, pihak Facebook turut membuang akaun rasmi pihak penganjur acara alam maya tersebut.

Hal ini kerana, para panel yang dijemput merupakan anggota yang disekat oleh kumpulan pro-Israel, salah seorang panel adalah Leila Khaled. Leila Khaled ialah seorang pejuang pelarian Palestin dan ahli Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), yang dilihat oleh pemerintah Amerika Syarikat sebagai satu organisasi pengganas.

Berikutan perjuangan beliau yang kini dikenang sebagai Black September berlaku pada tahun1970 di padang Dawson’s terletak di Jordan. Leila Khaled merupakan ketua dalam misi letupan empat jet pesawat dalam pemberontakan kekejaman yang dilakukan oleh barat terhadap rakyat Palestin.

Peristiwa Black September 1970 di Padang Dawson

Pada awal tahun 2021, gabungan organisasi hak asasi manusia bangkit bersuara dengan melancarkan kempen secara global dengan menggunakan slogan “Facebook, kita perlu bercakap”. Langkah ini diambil sebagai satu tindak balas terhadap tindakan zionis dalam menapis suara Palestin hingga menguar-uarkan Zionisme sebagai kategori yang terlindung.

Secara tidak langsung, Facebook sekali lagi menyekat kebebasan bersuara masyarakat Islam untuk mengetahui perkembangan terkini rakyat Palestin dan isu semasa kekejaman yang dihadapi oleh umat Islam. Isu ini sering kali berlaku bukan sahaja buat penduduk Palestin, malah, merujuk portal The Intercept , Facebook menyekat pelbagai informasi yang berkaitan dengan keganasan dan penindasan umat Islam hadapi di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, kebencian terhadap umat Islam adalah suatu norma dalam medium tersebut. Antaranya, kegagalan Facebook dalam mengendalikan siaran langsung kes pembunuhan besar-besaran di masjid di Christchurch, New zealand. Itu merupakan tragedi hitam buat masyarakat Islam dan bukti Islamofobia masih tersebar di seluruh dunia.

Di manakah keadilan buat umat Islam dalam memperjuangkan ketidakadilan rejim Zionis? Media itu luas dan mampu menyatukan manusia, juga mampu mengajak manusia saling membenci. Sebagai umat Islam mungkin kita tidak mampu berperang secara fizikal, namun, dengan kudrat yang ada kita mampu berjihad memperjuangkan agama Islam secara maya.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

*

Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!


menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau WhatsApp 012-800-2016

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button